Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru

SELAMAT TINGGAL 2010


Terima Kasih untuk segala kenangan pahit
dan manis yang kau berikan
Yang manis sentiasa abadi di hati
Yang pahit terpahat di sanubariku
Namun...
Akan ku simpan yang manis dan yang pahit
bersama-sama  perginya 2010


SELAMAT DATANG 2011


Semoga dengan kedatanganmu  memberi
seribu harapan baru...
Sejuta  sinar kebahagiaan bersama
Segenggam harapan 
Secebis Semangat
Agar aku lebih tabah
Menghadapi  tahun 2011







Khamis, 30 Disember 2010

Segmen Jom Berkenalan

Ni dia satu lagi tag yang aku dapat dah 2 minggu rasanya  tapi aku baru ja nak wat...hehe
Jom baca syarat-syaratnya...(tag dari Lynmafia)

1.Buat entry bertajuk  "SEGMEN JOM BERKENALAN"
2.Paste banner segmen  jom berkenalan dalam entry anda
(Letak kat sidebar pun x pa)
Linkkan ke entry ni

3.Jawab 7 soalan berikut
Apakah status anda?
Susahnya nak jwb...kelu lidah...divorced...
tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya
Ceritakan tentang diri anda (contoh:asal...pekerjaan..belajar kat ne...
bil anak....dan lain2
Aku lahir di pahang,keje kuli ja...haha
anak 3 orang...ingin melihat anak2 ku sukses dalam pelajaran
dan juga kehidupan
Ceritakan tentang  blog anda(promosi la sikit)
Tiada yang istimewanya blog aku ni...
sekadar luahan hatiku sekadar renungan
Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Dunia blog  bagi aku amat menarik kerana
kita dapat berkongsi segala cerita suka duka sesama 
blogger  dan info2 yang kita x tahu
Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Selamat datang ke dunia blogging...
Jom sama2 kita meriahkan lagi...hehehe
Nyatakan  keunikan yang terdapat pada blog anda
Uniknya sebab blog ni adalah blog aku...hahaha
Sampai bilakah anda akan menulis blog  dan impian anda dalam dunia blog?
X pasti sampai bila...
biarlah masa yang menentukan segalanya..

================================================================

4.Tagged 4 orang rakan blogger anda
(jangan lupa ingatkan dorang)


5.Linkkan entry anda ke ruangan komen  loqkimagri
6.Tarikh tutup sampai  3 january   2011

"SELAMAT BERKENALAN"


P/S:Besar kan tulisan ni...huhu..kesilapan teknikal..hehe

Rabu, 29 Disember 2010

Tag by Budak Logam

Assalamualaikum..

Pagi ni buka blog tengok2 kat shoutbox ada tag la pulak.... dari  budak logam 
ohoho..mcm mmbalas jek...huhu
terima kasih taw


Apa lagi...layan soalan la...

1.Sejak bila mula berblogging?
Baru ja 3 bulan...seingat aku hujung bulan 9 

2.Mengapa berblogging?
Entahla...tapi yang pasti untuk berkongsi cerita dan
memeriahkan lagi dunia blog...hehe

3.Selalu wt n3 mengenai apa?
X tentu...tengok  mood

4.Suka blogwalking x?sebab?
X tentu gak...tengok mood gak

5.Apa pendapat mengenai pemberi award?
Hmm...susah nk komen...tapi...
budak logam ni ok kot...hehe

Bagi award ni kat 10 blogger
Haha..yang ni pun ikut mood gak...




Aku cuma tag 5 ja...hehehe

Selasa, 28 Disember 2010

Aku dan kerjaku

Salam  semua...n3 aku kali ni adalh sinambungan dari n3 aku yg pertama...
kisah seorang pekerja ladang sawit yang mencari rezeki dengan mengutip buah sawit relai....cepat betul masa berlalu...dalam sedar x sedar rupa-rupanya dah setahun 4 bulan aku kerja mcm ni.

Dalam masa setahun aku keje ni mcm2 cabaran aku tempuhi....namun ku gagahi jua demi sesuap nasi....ceewah ayat...haha

cabaran2 yang aku lalui....
1.Berhadapan dengan bahaya yang boleh datng dari segenap arah  samada depan,belakang,kanan dan kiri....jadi...haruslah lebih berhati2...
Bahaya yang aku maksudkan adalah binatang berbisa iaitu ular atau lipan.
2.Berjalan kaki acara beribu-ribu meter dari satu ladang ke satu ladang 
(satu ladang 10 ekar) kalau banyak buah memang berbaloi lah...
tapi jika sebaliknya....dapat letih dan lesu..
3.Kecekapan mengutip buah relai...sapa cepat dapat banyak sapa lmbt
terkemut-kemut macam siput babi(aku la) dpt sikit la
4.Terpijak duri sawit ...dah biasa bagi aku..
5.Kalau musim2 ujan mcm sekarang ni lagi banyak cabaran woo...
di tambah pula dengan kekurangan hasil sawit sekarang.
cabaran aku musim ujan ni 1 ja... aku pling sensitif ngan pacat...hehe

Aku senarai pendek ja cabaran2 ni...klau nak ikutkan banyak lagi ni..
x habis lagi ni...nanti akan bersambung lagi di episod akan datang... hehehe...

Inilah  hasil  kerja aku...mata pencarian ku...sumber rezeki aku

Sabtu, 25 Disember 2010

Tag by Nur Afifah

Terima kasih kepada  Nur afifah.....yang telah tag blog aku untuk blog cun Meletup....Booo0m....huhu...Thanks
Apa lagi klau dh namanya tag...
jawab soalan la...

Berikan nick name pemberi award
Cik ifa yg kiut miut...hehe
ucapan untuk pemberi award
terima kasih banyak sebab tag blog ni
Listkan 6 artis,band,group yang anda minat

-irsyadee-
-Hijjaz-
-Maher zain-
-Ziana zain-
-Nabil-
-Zizan-

Bagi award ni untuk 10 blog   yang mempunyai blog yang cun meletup

"

"

"

"


"



7 ja...huhu..x cukup 10...hehehe
ok lh...slmt buat  tag..

Selasa, 21 Disember 2010

Kenapa aku buat n3 pasal bunga...?

Bunga...
Keindahan mu mempersona
Kecantikan mu  sesejuk  mata memandang
Keharuman mu semerbak  menyelubungi  alam
Nama mu pun indah  sekali
Di kau mempunyai tarikan  tersendiri


Namun  bunga... 
Kesegaran mu tiada kekal lama
Kau kan layu jua akhirnya

Kenapa aku buat n3 pasal bunga?

Sebabnya nama tempat lahirku adalah dari nama bunga...
Alahai si bunga  Kesidang..
Al-kisahnya...

Jumaat, 17 Disember 2010

SENYUMLAH....

Assalamualaikum....
Senyum  adalah  sedekah, wajah yang berseri-seri  adalah kurniaan ilahi. Sungguh  beruntung orang yang sentiasa membawanya di wajah dan kedua pipinya.Mempersembahkan  senyuman merupakan pendahuluan kasih sayang, ikatan persahabatan dan tanda-tanda kebersihan  hati.
Rasulullah(s.a.w)  bersabda:
"Senyummu kepada saudaramu  adalah sedekah"

Sungguh  agung risalah mulia ini yang telah menjadikan keceriaan wajah sebagai amal soleh yang mendatangkan  pahala.Sebaliknya, kemasaman wajah menunjukkan  kesempitan  jiwa dan  keberatan beban  batin  serta akhlak  yang tidak  lurus.
Wajah  yang masam  akan mengirimkan  kepada anda kesan  kejenuhan, menghantarkan  kepada anda isyarat peringatan  dan kewaspadaan, dan dia inginkan anda mengerti  bahawa dia tidak menyukai anda.
Kita  memerlukan senyuman,senyuman  kasih sayang  kepada  kedua ibu bapa, senyuman  penuh penghormatan  kepada  orang yang berilmu, senyuman  kasih sayang  kepada  kanak-kanak, senyuman  cinta kepada isteri dan senyuman kesetiaan kepada para sahabat.
Marilah  kita tersenyum dan meninggalkan  wajah  masam, kerana Rasul kita(s.a.w) adalah  orang  yang  sentiasa tersenyum,berwajah  cerah dan murah hati. Oleh  sebab itu  Allah  berfirman kepada  baginda:
"Dan bahawa  sesungguhnya  engkau mempunyai akhlak  yang amat mulia"
(surah al-Qalam:4)

"Setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan". Dalam hidup kita perlu berani mencuba... Rezeki dan kejayaan tidak akan dtg bergo...