Khamis, 14 Oktober 2010
TAUBAT SEORANG HAMBA (DOA)
Ya Tuhanku!Denganku daku hina,denganmu daku mulia;Denganku daku papa,denganmu daku kaya;Denganku daku lemah,denganmu daku perkasa;Tiada yg dapat mengetahui kehinaanku,kepapaanku dan kelemahan selainMu.... Maulaya!Makrifatku dalam hati menuntut demi untukmu atas diriku,sedangkan daku khusyu di ambang gerbang pintumu,bersujud di dalam lapanganmu nan luas,ku datang menghampirimu dengan penuh noda dan dosa,ku mohon maaf ampunanmu serta kemurahanmu,kuminta tersingkapnya tabir penutup untuk bertaubat dan kembali padamu Maulaya!Andaikan engkau pikulkan aku atas bahuku beban dosaku...tiadalah bumi dapat mengangkatku,tiada pula langit dapat menaungiku,tiada satupun selain engkau yang dapat memikul berat dosaku,dan tiada satu lisan selain dari lisan-lisan kemaafanmu yang sanggup memberi alasan terhadap kesalahan-kesalahanku,dan tiada satu dari makhluk2mu yang sanggup melihat padaku kerana buruknya rupa yang di penuhi oleh daki-daki dosaku.Tiada satu makrifat dari sekian banyak makrifat makhluk2mu yang sanggup mengajukan uzur untukku kepadamu,lagi pula ia melihat dosaku dalam makrifatmu.(perkenalanmu) Maka tiadalah demi kemuliaanmu,sekali lagi tiadalah demi kemuliaanmu yang dapat menyelamatkan diriku darimu,kecuali engkau,tiada pula aku dapat menghindarkan diri dari kemurkaanmu melainkan engkau,tiada daku mempunyai alasan perihalku kecuali engkau.Maulaya!Daku memohon padamu dengan rahmatmu!Daku meminta padamu dengan Nur cahayamu,Daku ajukan pintaku padamu dengan kebaikanmu,Daku harap2kan padamu dengan keindahanmu,Daku rindukan padamu dengan zatmu,Dengan wajahmu,Dengan dirimu,Dengan sampingmu,Dengan tanganmu,Dengan rohmu dengan mata penglihatanmu dengan rumahmu,Dengan somadiatmu, dengan seluruh sifat2mu dengan keagunganmu di dalam mengagung-agungkanmu, daku memohon maaf dan ampunan serta kemurahan dan ku minta tabir penutup untuk dosa-dosaku dengan taubat dan kembali padamu.
Isnin, 4 Oktober 2010
JOM...RENUNG DAN FIKIR SEJENAK
Melangkah itu mudah...Namun mencari arah itu yg terkadang payah...... Mencari jalan itu mudah...Namun memahami destinasi itu yg susah..... Menyusuri susur itu mudah....Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah... Dalam semua ini...Menjaga istiqamah itu paling susah,payah dan lelah... Namun dia amat faham..Bagi hambanya,dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik..Hanya perlu melakukan yg terbaik...Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadanya...Lantas nescaya dia akan menguruskan yg selebihnya... Agar yg terbaik itu menjadi milik manusia....Moga perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan Allah.....
Jangan sesekali menggadai prinsip,demi untuk mendapatkan dunia yang mengiurkan.
Dunia ini umpama lautan yg luas,kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya..Andai muatan kita adalah iman,dan layarnya taqwa nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar di lihat.
Kita hanya punya satu cinta iaitu cinta yang mendekatkan diri kita kepada tuhan. Kita yang memilih untuk tidak mahu menangis setelah di permainkan cinta duniawi, berbahagialah,seburuk apapun masa lalu kita kalau hari ini kita benar2 bertaubat dan memperbaiki diri,insyaallah semua keburukan itu akan terhapus..Hari ini adalah hari untuk menanam benih dan masa depan adalah waktu untuk menuai hasil kerana itu jika kita ingin tahu masa depan kita,maka lihatlah apa yang kita lakukan sekarang.
Jumaat, 1 Oktober 2010
MINAT ATAU TERPAKSA......
Salam untuk semua...kali ni aku nak berkongsi cerita tentang minat..Keje apapun yang kita lakukan andai tiada minat dan kesungguhan ianya x kan menjadi...Betul x.?Macamlah cerita yang aku nak kongsi kali ni.Dulu2 aku x minat bidang jahitan aku belajar mcammana pun x pndai2 juga...masuk telinga kanan kluar telinga kiri...x masuk dlm hati...hehehe....Dh bape org guru jahitan aku..aku belajar pun sambil lewa ja...Acuh x acuh..tiada kesungguhan..Huhu..kesian kt aku kan..Hehehe... Tapi....Jeng...Jeng...Jeng...intro ja lbih...Hinggalah tiba saat badai datang melanda dalam hidupku...Huhu..Sedih ni..Aku terumbang ambing di tengah lautan tapi x de air...Hehehe... tanpa hala tujuan...huhuhu...Pendekkan ctewlah...Sehinggalah tiba saat ini...Kira2 setahun yang lalu..Aku mula berjinak2 dengan jahitan walau hati x berapa minat tapi waktu 2 aku x ada pilihan lain..Hek.Hendak x hendak ku teruskan jua...ku ketepikan rasa x minat 2..Aku mula belajar asas2 jahitan dari A-Z dengan sorang makcik kt tempaat aku ni...Aku kira kerjalah dengan makcik ni..Dia potong kain aku pula cantum sampai jadi baju...X kn jadi magic pula kn...pada mulanya memang lh susah sebab aku baru belajar n campur ngan x minat...Hehehe.Masa berlalu dan terus berlalu tapi aku dok macam 2 gak...X de kemajuan langsung..kutuk diri sendiri.Aku mula bosan dan berfikir sampai bila aku macam ni ja.Pelan2 aku mula mngubah haluan hidupku.Aku mula beranikan diri yang selama ini takut...menerima tempahan sendiri tanpa bergantung pada orang.Pendekkan ctew lagi...Masa berlalu hinggalah bulan puasa baru ni rezeki aku melimpah tapi blum la meruah lagi tapi aku bersyukur taw...Hehehe..Kerja yang aku x minat satu ketika dulu kini mula menjadi sebahagian dari pendapatan ku.Sekarang aku masih lagi belajar memperbaiki jahitan aku.Moga2 aku sukses dalam bidang ni.Ok x? Oops..sebelum 2 satu lagi aku nak kongsi ngan korang..aku maju setapak lagi korang lak mungkin dah bertapak2..Hahaha..maksud aku..aku baru ja cuba2 belajar wt blong ni..So..Tolonglah support aku..Huhuhu..Cian kt aku...Hehehe.Tunggu lagiiii...
Langgan:
Catatan (Atom)
"Setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan". Dalam hidup kita perlu berani mencuba... Rezeki dan kejayaan tidak akan dtg bergo...
-
"Setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan". Dalam hidup kita perlu berani mencuba... Rezeki dan kejayaan tidak akan dtg bergo...
-
ASSALAMUALAIKUM...saje nk kongsi dgn kwn kwn.... Ingin menjana income sehari RM500 percuma sahaja. Tiada apa2 baya...
-
Mari Kita Mulakan Semula Apa entry aku ni???ahahaha..... terasa bosan melanda di kala pagi ni... terfikir2.......