Melangkah itu mudah...Namun mencari arah itu yg terkadang payah...... Mencari jalan itu mudah...Namun memahami destinasi itu yg susah..... Menyusuri susur itu mudah....Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah... Dalam semua ini...Menjaga istiqamah itu paling susah,payah dan lelah... Namun dia amat faham..Bagi hambanya,dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik..Hanya perlu melakukan yg terbaik...Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadanya...Lantas nescaya dia akan menguruskan yg selebihnya... Agar yg terbaik itu menjadi milik manusia....Moga perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan Allah.....
Jangan sesekali menggadai prinsip,demi untuk mendapatkan dunia yang mengiurkan.
Dunia ini umpama lautan yg luas,kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya..Andai muatan kita adalah iman,dan layarnya taqwa nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar di lihat.
Kita hanya punya satu cinta iaitu cinta yang mendekatkan diri kita kepada tuhan. Kita yang memilih untuk tidak mahu menangis setelah di permainkan cinta duniawi, berbahagialah,seburuk apapun masa lalu kita kalau hari ini kita benar2 bertaubat dan memperbaiki diri,insyaallah semua keburukan itu akan terhapus..Hari ini adalah hari untuk menanam benih dan masa depan adalah waktu untuk menuai hasil kerana itu jika kita ingin tahu masa depan kita,maka lihatlah apa yang kita lakukan sekarang.
6 ulasan:
terkadang kita terlupa dunia hanya pinjaman..
ada masa kita hanya mengingat Dia setelah kita dirundung duka...
wah leh tahan kata2 azimat nie..che create sendiri ker?
hehehe...adalah ciplak gak...huhu
jarang menangis..adakah tandanya hati telah mnjadi keras kematu?haha
wahh ayat besnye.. na share leyh ? :D
apa2 pun..byk kn dgar lgu2 nasyid...hehe.. sedikit sebyk dpat ingtkan kta bla lupa...sbb kta mudah ingt lagu2 nasyid nie....:)
Catat Ulasan