Salam semua...n3 aku kali ni adalh sinambungan dari n3 aku yg pertama...
kisah seorang pekerja ladang sawit yang mencari rezeki dengan mengutip buah sawit relai....cepat betul masa berlalu...dalam sedar x sedar rupa-rupanya dah setahun 4 bulan aku kerja mcm ni.
Dalam masa setahun aku keje ni mcm2 cabaran aku tempuhi....namun ku gagahi jua demi sesuap nasi....ceewah ayat...haha
cabaran2 yang aku lalui....
1.Berhadapan dengan bahaya yang boleh datng dari segenap arah samada depan,belakang,kanan dan kiri....jadi...haruslah lebih berhati2...
Bahaya yang aku maksudkan adalah binatang berbisa iaitu ular atau lipan.
2.Berjalan kaki acara beribu-ribu meter dari satu ladang ke satu ladang
(satu ladang 10 ekar) kalau banyak buah memang berbaloi lah...
tapi jika sebaliknya....dapat letih dan lesu..
3.Kecekapan mengutip buah relai...sapa cepat dapat banyak sapa lmbt
terkemut-kemut macam siput babi(aku la) dpt sikit la
4.Terpijak duri sawit ...dah biasa bagi aku..
5.Kalau musim2 ujan mcm sekarang ni lagi banyak cabaran woo...
di tambah pula dengan kekurangan hasil sawit sekarang.
cabaran aku musim ujan ni 1 ja... aku pling sensitif ngan pacat...hehe
Aku senarai pendek ja cabaran2 ni...klau nak ikutkan banyak lagi ni..
Inilah hasil kerja aku...mata pencarian ku...sumber rezeki aku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan