Apabila semuanya serba tidak kena , dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak di buat,ingatlah... anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.
- Apabila hidup di selubungi kegelapan ,semuanya silap carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi cahaya.
- Apabila di belenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu.Dia Maha Adil.
- Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrat mu , jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
- Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu di harungi ,carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
- Apabila hidup ini di rasakan seperti beban ,segala-galanya goyah , bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.
- Apabila jalan di depan di gelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu ,carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup.
- Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
- Apabila miskin dan papa ,anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.
- Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,mengadulah kepada Dia Yang Satu.
- Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia... satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu di cakari kebimbangan , ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Sekadar Renungan...
4 ulasan:
semuanya berbalik kepadaNya
ya..betul 2..
Apabila anda tahu yang
Apabila anda lapar dan
Apabila anda ada duit jadi
Apabila anda kuat maka
Apabila rasa dah x tahan sangat lapar
pi jer la makan.. hehehehe
hehehe...mizi wat lawak erk..huhu
Catat Ulasan