Ahad, 19 Jun 2011
Ahad, 8 Mei 2011
Iman
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa
rasulullah s.a.w bersabda :
Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik
daripadanya ialah mengucapkan "LA ILLAHA ILLALLAH"
{tiada tuhan yang patut di sembah kecuali allah swt}
Dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti
di tengah jalan,dan malu itu satu cabang daripada iman."
{H.R.Muslim}
Jumaat, 25 Februari 2011
Sepuluh Bunga Hidup Bahagia
1.Bangun di saat menjelang fajar untuk beristighfar :
{Dan,yang memohon ampun di waktu sahur.}
(QS. Ali 'Imran :17)
2.Menyendiri untuk bertafakkur :
{Dan, mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi.}
(QS.Ali 'Imran : 191)
3.Menjalin hubungan dengan orang shaleh :
{Dan, bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang
yang menyeru Rabbnya.}
(QS. Al-Kahfi : 28)
4.Berdzikir :
{Wahai orang-orang yang beriman, berdzikirlah kamu (dengan
menyebut nama Allah), dzikir yang sebanyak-banyaknya.}
(QS. Al-Ahzab : 41)
5.Melakukan shalat dua rakaat dengan khusyu' :
{Yaitu orang-orang yang khusyu' dalam shalat mereka.}
(QS. Al- Mu'minun : 2)
6.Membaca al-quran dengan tadabbur :
{Tidakkah mereka memperhatikan Al-quran?}
(QS. An-Nisa: 82 )
7.Berpuasa pada hari yang sangat panas :
''Meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya
kerana aku."
(Al- Hadits)
8.Melakukan sedekah secara sembunyi-sembunyi :
''Hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang di lakukan
oleh tangan kanannya."
(Al- Hadits)
9.Meringankan beban seorang muslim:
"Barangsiapa meringankan kesusahan yang di alami seorang muslim
di dunia maka Allah akan membebaskannya dari kesulitan
yang ada di hari kiamat."
(Al-Hadits)
10.Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang sifatnya fana :
{Sedangkan kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.}
(QS. Al- A'la : 17)
*************************************
Selasa, 15 Februari 2011
maher zain -Ya Nabi Salam Alyka
Salam Maulidur Rasul...
Jom layan lagu Maher Zain...
Mari kita sama2 hayati...
Sabtu, 12 Februari 2011
Apabila Anda....
Apabila semuanya serba tidak kena , dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak di buat,ingatlah... anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.
- Apabila hidup di selubungi kegelapan ,semuanya silap carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi cahaya.
- Apabila di belenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu.Dia Maha Adil.
- Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrat mu , jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
- Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu di harungi ,carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
- Apabila hidup ini di rasakan seperti beban ,segala-galanya goyah , bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.
- Apabila jalan di depan di gelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu ,carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup.
- Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
- Apabila miskin dan papa ,anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.
- Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,mengadulah kepada Dia Yang Satu.
- Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia... satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu di cakari kebimbangan , ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Sekadar Renungan...
Isnin, 31 Januari 2011
Bila pula masanya? Dah sampai dulu?
Ada seorang lelaki sangat bencikan kucing.Nak jadikan
cerita,isterinya suka pula memelihara binatang itu.
Suatu hari di tangkapnya kucing montel itu,lalu di masukkan
ke dalam guni.
Dia menunggang motosikal ke sebuah ladang
lalu meninggalkan kucing itu di situ.
Setengah jam kemudian dia pulang ke rumah.
Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat
kucing itu sedang bermain di ruang tamu rumahnya.
binatang itu takkan jumpa jalan pulang.Setelah itu
dia pekena teh tarik di warung.Dua jam kemudian ketika
dia masuk ke perkarangan rumahnya,sekali lagi
dia terperanjat melihat kucing itu relaks
di laman.
Kali ini dia nekad,di masukkan kucing itu ke dalam
guni sekali lagi lalu di bawanya lebih jauh.Dia menempuh
tujuh simpang,sebelum masuk ke lebuh raya kemudian
menyusuri susur keluar menuju ke jalan yang lebih sesak.
Sampai ke sebuah taman perumahan,dia meninggalkan
kucing itu lalu memecut pulang.Beberapa ketika kemudian lelaki itu
menghubungi isterinya menggunakan handset.
Lelaki : Yang...yanggggg! Yang di rumah ke ni?
Isteri : Haaa ahhhhh! Kenapa bang?
Lelaki : Kucing ada kat umah x?
Isteri : Ada...tengah main-main dengan anak kita.
Lelaki : Macam mana saya nak balik ni.Saya sesat yang ooiiii!
Sabtu, 22 Januari 2011
Taubat Seorang Hamba
Aku nak share lagu kegemaran aku ngn korang semua
Aku memang minat sangat ngn lagu ni
Best... Best...Best...
Hehehehe...
Jom layan...
Langgan:
Catatan (Atom)
"Setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan". Dalam hidup kita perlu berani mencuba... Rezeki dan kejayaan tidak akan dtg bergo...

-
"Setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan". Dalam hidup kita perlu berani mencuba... Rezeki dan kejayaan tidak akan dtg bergo...
-
Bunga... Keindahan mu mempersona Kecantikan mu sesejuk mata memandang Keharuman mu semerbak menyelubungi alam Nama mu pun indah sekali ...
-
1.Bangun di saat menjelang fajar untuk beristighfar : {Dan,yang memohon ampun di waktu sahur.} (QS. Ali 'Imran :17) ...