Assalamualaikum....
Senyum adalah sedekah, wajah yang berseri-seri adalah kurniaan ilahi. Sungguh beruntung orang yang sentiasa membawanya di wajah dan kedua pipinya.Mempersembahkan senyuman merupakan pendahuluan kasih sayang, ikatan persahabatan dan tanda-tanda kebersihan hati.
Rasulullah(s.a.w) bersabda:
"Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah"
Sungguh agung risalah mulia ini yang telah menjadikan keceriaan wajah sebagai amal soleh yang mendatangkan pahala.Sebaliknya, kemasaman wajah menunjukkan kesempitan jiwa dan keberatan beban batin serta akhlak yang tidak lurus.
Wajah yang masam akan mengirimkan kepada anda kesan kejenuhan, menghantarkan kepada anda isyarat peringatan dan kewaspadaan, dan dia inginkan anda mengerti bahawa dia tidak menyukai anda.
Kita memerlukan senyuman,senyuman kasih sayang kepada kedua ibu bapa, senyuman penuh penghormatan kepada orang yang berilmu, senyuman kasih sayang kepada kanak-kanak, senyuman cinta kepada isteri dan senyuman kesetiaan kepada para sahabat.
Marilah kita tersenyum dan meninggalkan wajah masam, kerana Rasul kita(s.a.w) adalah orang yang sentiasa tersenyum,berwajah cerah dan murah hati. Oleh sebab itu Allah berfirman kepada baginda:
"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia"
(surah al-Qalam:4)
9 ulasan:
senyum
xperlu apa - apa
senyum
bila kita senyum
semua orang berjangkit
bila kita senyum
orang tiada penyakit
senyum
dah nyanyi lagu senyum siap
hehehehe
P/S : Mari Memasak Laksa Sarawak Bersama Chef Hans
senyum....senyum....senyum...hhhahaa... kan sejuk mata memandang...
;)
cuba utk snyum dgn iklas dan spontan...
betul2 suka tgk org senyummm
Betul... senyum itu satu sedekah.. mendekatkan diri sesama kita... tapi jgn senyum xbertempat lak... nnt dikatakan...??? Ahaks... peace
pagi2 datang sini..nak senyummmmmmmmmmmmmm...
:):):)
=)
saya suka senyum..
senyum itu sedekah..
saya juga suka gelak kuat2..
ahahaahaha :)
senyum seindah suria.....yng membawa bhagia....senyum lah dari hati....duniamu berseri......
Catat Ulasan