Renungan

Bila kau letih dan hilang semangat...Allah tahu betapa kau mencuba sedaya upaya...Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan...Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meniggalkanmu...Allah setia disisimu.Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan...Allah ada jalan penyelesaiannya.Bila tidak ada yang bererti buatmu keliru dan kecewa...Allah ada jawapannya.

Pengikut

Sabtu, 12 Februari 2011

Apabila Anda....


                         Apabila semuanya  serba tidak kena , dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak di buat,ingatlah... anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.


  • Apabila  hidup di selubungi  kegelapan ,semuanya silap carilah sinar itu  dari  Dia Yang Memberi cahaya.
  • Apabila di belenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu  mengambil kisah,ingatlah pada Dia  yang tidak pernah  melukakan hatimu.Dia Maha Adil.
  • Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrat mu , jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
  • Apabila lemah tidak bermaya  sedangkan perjalanan masih jauh perlu di harungi ,carilah  kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
  • Apabila hidup ini di rasakan seperti beban ,segala-galanya goyah , bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.
  • Apabila  jalan di depan di gelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu ,carilah jalan lurus  itu dari Dia,yang menjadi  satu-satunya  panduan hidup.
  • Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa  kerana Dia Maha Mendengar.
  • Apabila  miskin dan papa ,anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah  kepada Dia Yang Maha Kaya.
  • Apabila  engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,mengadulah  kepada Dia  Yang  Satu.
  • Apabila  keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia... satu-satunya  tempat yang boleh digantungkan harapan.

Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu di cakari kebimbangan , ingatlah bahawa Dia sentiasa  bersama orang-orang yang sabar.

Sekadar Renungan...

4 ulasan:

tiEra berkata...

semuanya berbalik kepadaNya

hasmida berkata...

ya..betul 2..

MiZi berkata...

Apabila anda tahu yang
Apabila anda lapar dan
Apabila anda ada duit jadi
Apabila anda kuat maka
Apabila rasa dah x tahan sangat lapar
pi jer la makan.. hehehehe

hasmida berkata...

hehehe...mizi wat lawak erk..huhu