Isnin, 31 Januari 2011

Bila pula masanya? Dah sampai dulu?




Ada seorang lelaki sangat bencikan kucing.Nak jadikan
cerita,isterinya suka pula memelihara binatang itu.
Suatu hari di tangkapnya kucing montel itu,lalu di masukkan
ke dalam guni.

Dia menunggang motosikal ke sebuah ladang
lalu meninggalkan kucing itu di situ.
Setengah jam kemudian  dia pulang ke rumah.
Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat
kucing itu sedang bermain di ruang tamu rumahnya.

Esoknya dia membawa kucing itu lebih jauh dengan harapan
binatang itu takkan jumpa jalan pulang.Setelah itu
dia pekena teh tarik di warung.Dua jam kemudian ketika
dia masuk ke perkarangan rumahnya,sekali lagi
dia terperanjat melihat kucing itu relaks 
di laman.

Kali ini dia nekad,di masukkan kucing itu ke dalam
guni sekali lagi lalu di bawanya lebih jauh.Dia menempuh
tujuh simpang,sebelum  masuk ke  lebuh raya kemudian
menyusuri susur keluar menuju ke jalan yang lebih sesak.
Sampai ke sebuah taman perumahan,dia meninggalkan
kucing itu lalu memecut pulang.Beberapa ketika kemudian lelaki itu 
menghubungi isterinya  menggunakan handset.


Lelaki : Yang...yanggggg! Yang di rumah ke ni?

Isteri : Haaa ahhhhh! Kenapa bang?

Lelaki : Kucing ada kat umah x?

Isteri : Ada...tengah main-main dengan anak kita.

Lelaki : Macam mana saya nak balik ni.Saya sesat yang ooiiii!

Sabtu, 22 Januari 2011

Taubat Seorang Hamba


Aku nak share lagu kegemaran aku ngn korang semua
Aku memang minat sangat ngn lagu ni
Best... Best...Best...
Hehehehe...


Jom layan...

Jumaat, 14 Januari 2011

Akal

                                

                                                               
Akal adalah kurnia terbesar dari allah  kepada makhluknya.
Ia yang membezakan antara manusia dan haiwan,meskipun
manusia  berbeza-beza  tingkat kecerdasan dan  kepintaran akalnya.
Maka orang yang berakal memiliki kehormatan yang besar,kedudukan yang tinggi,menjadi perhatian,dan di senangi hati.


Sedangkan orang yang sedikit akalnya  adalah orang bodoh yang gelabah,orang rendah yang tidak  bererti dan orang lemah yang bodoh.
Orang yang berakal dapat membaca akibat ,memiliki  cara pandang yang 
betul,pemikiran yang matang,prasangka yang sihat,hujah yang selamat
pilihan yang baik,mahir dalam menjawab,berhenti di saat ragu,
berhati-hati di saat bimbang dan dapat menjaga diri dari tuduhan.
Orang yang berakal adalah orang yang dapat membentengi
diri dari berbagai krisis dengan pendapatnya  dan dapat  menjaga
diri dari kehancuran.


Adapun orang yang lemah akalnya akan berbicara sebelum berfikir,
melakukan sebelum berfikir,dan berada dalam kegelapan
dengan kebodohannya.Dia menghafal apa yang tidak di dengarnya
memahami selain yang dia hafal,mengatakan apa yang tidak
dia yakini,mendahulukan apa  yang seharusnya  di akhirkan,
mengakhirkan apa yang seharus di dahulukan,dan sesuatu
yang besar  dia pandang kecil.
Di pelupuk matanya  sesuatu yang tidak  berharga  nampak  besar,
dia mundur di saat harus maju  dan maju di saat  harus mundur.

Rabu, 12 Januari 2011

Traffic Dari Matahaw



Salam semua...sebenarnya dah lama aku 
nak wat n3 ni...tapi asyik tertangguh ja...huhu
bukan tertangguh sebab apa...
sebab aku...ahahaha..biarlah rahsia

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada matahaw
kerana traffic yang dia bagi kat blog aku...tq
Masa aku mula2 wat blog dulu 
aku memang letih juga la terkejar ke sana
ke mari dari satu blog ke blog yang lain semata2nak up traffic
sehinggalah pada suatu hari aku di takdirkan
telah menjengah ke blog beliau...
Maka bermulalah segalanya...ahahaha

Dulu2 aku x peduli sangat pasal traffic ni...
satu hari beliau jengok blog aku dan sruh aku check kat
statistik...alangkah terperanjat ala2 beruk gitu...hehe
sumber traffic dtng dari matahaw...
Blog aku dulu ada lagu...aku suka3x sangat lagu 2
tapi beliau sarankan supaya aku buang lagu 2...

Mula2 aku abaikan ja...huhu..
sebab aku pelik kenapa lak kene buang lagu? apa hal?
ekekekeke...confuse le kn...ahahaha

Entah camna...aku akur dan buang lagu 2...
yang paling ketara adalah sejak 2,3 ari ni 
2,3 ari ni aku memang x bw sangat  sebab  bz  sikit tapi...
traffic tetap ada tanpa bw..ekekeke
aku nak tunjuk bukti tapi aku x pandai nak edit...cian
cukuplah sekadar aku berkongsi cerita  dengan n3 ni...

Bagi aku beliau memang seorang insan yang hebat
walau aku x berapa mengenalinya tapi beliau
sanggup menolong blogger2  lain terutamanya 
blogger yang baru lahir macam aku ni..
insan mulia yang x lokek...hehehe

Sekian ja n3 aku ni...ahaks
Jangan lupa jengok2 blog beliau...
Ni ja yang mampu aku lakukan atas jasa beliau...

Isnin, 10 Januari 2011

Jumaat, 7 Januari 2011

Luahan Hati ja...

Kadang kala  apa yang  kita inginkan  tak akan  sama dengan apa yang kita impikan..... Kerana  impian  hanyalah  ilusi,harapan  hanyalah  kemahuan yang  cuba kita gapai, sedangkan  segalanya....belum tentu  untuk di jadikan  reality...Bersabarlah  dalam menghadapi  ujian allah....

Selasa, 4 Januari 2011

Jom sertai bloglist budak botak

Ahahahaha....Tag pertama tahun baru nie
Cam kenakan aku  ja...ekekekeke
thanks ad... Hek...
Aku wat la juga...huhu


Klik sini


Bloglist yg di buat budak botak...
nsib baik sempoi ja
tajuk cam kat atas...n3 lak?
nak join klik banner kat ats 2 taw...


Tag 3 orang
mari kita lihat siapa yg kena...


"Setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan". Dalam hidup kita perlu berani mencuba... Rezeki dan kejayaan tidak akan dtg bergo...