Renungan

Bila kau letih dan hilang semangat...Allah tahu betapa kau mencuba sedaya upaya...Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan...Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meniggalkanmu...Allah setia disisimu.Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan...Allah ada jalan penyelesaiannya.Bila tidak ada yang bererti buatmu keliru dan kecewa...Allah ada jawapannya.

Pengikut

Jumaat, 14 Januari 2011

Akal

                                

                                                               
Akal adalah kurnia terbesar dari allah  kepada makhluknya.
Ia yang membezakan antara manusia dan haiwan,meskipun
manusia  berbeza-beza  tingkat kecerdasan dan  kepintaran akalnya.
Maka orang yang berakal memiliki kehormatan yang besar,kedudukan yang tinggi,menjadi perhatian,dan di senangi hati.


Sedangkan orang yang sedikit akalnya  adalah orang bodoh yang gelabah,orang rendah yang tidak  bererti dan orang lemah yang bodoh.
Orang yang berakal dapat membaca akibat ,memiliki  cara pandang yang 
betul,pemikiran yang matang,prasangka yang sihat,hujah yang selamat
pilihan yang baik,mahir dalam menjawab,berhenti di saat ragu,
berhati-hati di saat bimbang dan dapat menjaga diri dari tuduhan.
Orang yang berakal adalah orang yang dapat membentengi
diri dari berbagai krisis dengan pendapatnya  dan dapat  menjaga
diri dari kehancuran.


Adapun orang yang lemah akalnya akan berbicara sebelum berfikir,
melakukan sebelum berfikir,dan berada dalam kegelapan
dengan kebodohannya.Dia menghafal apa yang tidak di dengarnya
memahami selain yang dia hafal,mengatakan apa yang tidak
dia yakini,mendahulukan apa  yang seharusnya  di akhirkan,
mengakhirkan apa yang seharus di dahulukan,dan sesuatu
yang besar  dia pandang kecil.
Di pelupuk matanya  sesuatu yang tidak  berharga  nampak  besar,
dia mundur di saat harus maju  dan maju di saat  harus mundur.

5 ulasan:

izuan berkata...

1. orang yang cerdik (berakal) mulutnya di hati, orang yang dungu hatinya di mulut.

2. orang yang bijaksana (berakal) tidak akan berfikir sebelum berkata-kata, kerana apa yang diperkatakan hanyalah KEBENARAN.

3. orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati MATI.

Salam ziarah =)

hasmida berkata...

ya..btul 2...tpi kdg2 ada ssetngah bertndak tnpa mnggunakan akal..

platipus berkata...

akal yg ada selalu tak digunakan dgn baik
sebab tu ramai yg tak maju

manjeamusyuk berkata...

Nice article...

Also nice comment frm Izuan, cuma nk tambah, w/pun yg dikatakn tu adalah kebenaran, tp perlulah diucapkn dgn berlapik. Supaya xkedengaran kasar/mengguris hati org lain

MiZi berkata...

mizi ada pengunguman

http://contengcorner.blogspot.com/2011/01/pengunguman.html