Renungan

Bila kau letih dan hilang semangat...Allah tahu betapa kau mencuba sedaya upaya...Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan...Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meniggalkanmu...Allah setia disisimu.Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan...Allah ada jalan penyelesaiannya.Bila tidak ada yang bererti buatmu keliru dan kecewa...Allah ada jawapannya.

Pengikut

Isnin, 31 Januari 2011

Bila pula masanya? Dah sampai dulu?




Ada seorang lelaki sangat bencikan kucing.Nak jadikan
cerita,isterinya suka pula memelihara binatang itu.
Suatu hari di tangkapnya kucing montel itu,lalu di masukkan
ke dalam guni.

Dia menunggang motosikal ke sebuah ladang
lalu meninggalkan kucing itu di situ.
Setengah jam kemudian  dia pulang ke rumah.
Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat
kucing itu sedang bermain di ruang tamu rumahnya.

Esoknya dia membawa kucing itu lebih jauh dengan harapan
binatang itu takkan jumpa jalan pulang.Setelah itu
dia pekena teh tarik di warung.Dua jam kemudian ketika
dia masuk ke perkarangan rumahnya,sekali lagi
dia terperanjat melihat kucing itu relaks 
di laman.

Kali ini dia nekad,di masukkan kucing itu ke dalam
guni sekali lagi lalu di bawanya lebih jauh.Dia menempuh
tujuh simpang,sebelum  masuk ke  lebuh raya kemudian
menyusuri susur keluar menuju ke jalan yang lebih sesak.
Sampai ke sebuah taman perumahan,dia meninggalkan
kucing itu lalu memecut pulang.Beberapa ketika kemudian lelaki itu 
menghubungi isterinya  menggunakan handset.


Lelaki : Yang...yanggggg! Yang di rumah ke ni?

Isteri : Haaa ahhhhh! Kenapa bang?

Lelaki : Kucing ada kat umah x?

Isteri : Ada...tengah main-main dengan anak kita.

Lelaki : Macam mana saya nak balik ni.Saya sesat yang ooiiii!

7 ulasan:

Fariq berkata...

adalah kucing itu dibawa pulang oleh isterinya ataupon kucing tu balik sendiri.. yg klakanya suami bley lak sampai sesat.. lol

hBlog Berunsur Lucah Kegemaran Ramai?

hasmida berkata...

hahahah.. 2 lh pasal
nak aniaya binatang
x psal2 lak dia yg naya..
x lepas blik umah..huhu

kakyon berkata...

mcm seram aje kisah ni..

hasmida berkata...

seram ke?hehehe...

zaidatul salwa berkata...

real story ke??kucing mmg pndi cari jln balik..

hasmida berkata...

cerita rekaan ja..tapi mmng tul kucing pandai cari jln pulang.

Cik Pija berkata...

pergh! terkena diri sendiri.. hadoii, boleh plak dia yg sesat