Renungan

Bila kau letih dan hilang semangat...Allah tahu betapa kau mencuba sedaya upaya...Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan...Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meniggalkanmu...Allah setia disisimu.Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan...Allah ada jalan penyelesaiannya.Bila tidak ada yang bererti buatmu keliru dan kecewa...Allah ada jawapannya.

Pengikut

Rabu, 17 November 2010

MAAFKANLAH......

Jika kita mndngar  kata kata yang tidak  patut dari saudara kita  atau  kita  baca  tulisan yang memburuk-burukkan  kita,maka  berikanlah  kata maaf... Apabila seorang mencemuh kita,mencaci,mengejek serta menyakiti  kita  maka maafkanlah  dia.   Apabila seseorang terlambat  mengunjungi  atau menemuimu,maka maafkanlah  dia.Jika dia x gembira di saat  kita gembira, tidak bersedih di saat  kita bersedih dan tidak turut serta dalam kemenangan kita,maka maafkanlah  dia...   Mengapa mesti kita memberi  maaf di atas semua kejahatan  ini?Itu  supaya kita berasa nyaman dan tenteram,agar kita dan orang lain bahagia,kerana kita telah menyelesaikan masalah  dari akarnya.Jika kita x melakukan.maka kita akan temukan suasana hati  yang keruh,resah,sengsara  sentiasa mengingati  dan  ingin menuntut  balas   ke atasnya.Dengan  demikian,maka hidup kita akan berubah mengalami  krisis yang   sebenar.menjadi  setimbun masalah dan selonggok  ketakutan.    Alangkah  baiknya jiwa yang penuh toleransi, kerana ia akan  hidup dalam  keamanan,ketenangan,ketenteraman dan  penuh  kasih sayang.Sedangkan  jiwa  yang pendendam dan sentiasa menuntut  balas  akan hidup dalam  kesengsaraan,kerugian  dan  kehinaan........Allah(s.w.t) berfirman...."iaitu  orang-orang yang mendermakan  hartanya pada  masa  senang dan susah,dan  orang-orang yang  memaafkan  kesalahan  orang.Dan (ingatlah) Allah  mengasihi  orang-orang yang  berbuat  perkara-perkara  yang  baik." (surah Ali Imran)....Ayat  134......AMIN.

3 ulasan:

azhar berkata...

very nice....

hasmida berkata...

tq..

kai azmier berkata...

betol2.. maafkan saje..