Renungan

Bila kau letih dan hilang semangat...Allah tahu betapa kau mencuba sedaya upaya...Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan...Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meniggalkanmu...Allah setia disisimu.Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan...Allah ada jalan penyelesaiannya.Bila tidak ada yang bererti buatmu keliru dan kecewa...Allah ada jawapannya.

Pengikut

Rabu, 15 Disember 2010

BERSABARLAH WAHAI HAMBA ALLAH

Ini  adalah  ucapan tahniah daripada allah kepada orang2 yang bersabar dan melaksanakan pekerjaan mereka  dengan  penuh  kesabaran,juga  kepada mereka yang menjauhi maksiat dan menerima takdir  buruk  dengan  sabar.
Sungguh  indah  kesabaran  itu,dan  sungguh  agung mereka  yang  bersabar.Kita memerlukan kesabaran sebagaimana yang  sering  kita  sebut di dalam doa kita:
"Ya Allah limpahkanlah kesabaran kepada kami"
Kita memerlukan  bekalan ini kerana  ia  adalah bekalan  yang  paling berharga,iaitu  kesabaran dalam menjalani  hidup  yang  panjang dan  penuh  rintangan,sabar terhadap sikap  kasar kaum  kerabat,perbuatan  musuh,perbuatan  derhaka  anak,ketidaksetiaan teman,kebencian pendengki  dan  kesenangan orang  yang  gembira di atas  penderitaan orang lain.Juga  bersabar di atas kesengseraan  orang  fakir,penderitaan orang  yang  sakit,keangkuhan orang yang  sombong dan  keburukan tingkah laku orang  yang  bodoh.
Apabila anda mendengar  kata2 yang tidak  patut,maka kuncilah pendengaran anda.Bersabarlah  supaya anda menjadi  orang  yang  berjiwa  besar  ketika  orang2 bodoh mencaci-maki  anda dan  orang2  yang  penakut menjatuhkan harga diri anda.Bersabarlah sehingga anda patut mendapat  anugerah pujian  yang  abadi.
Bersabarlah ketika permintaan anda  terlambat  datang,ketika  sedikit  orang yang  membantu  anda,dan ketika  tujuan  anda  tidak  tercapai  atau tertangguh.
Bersabarlah  dalam  menghadapi  kehidupan  dunia  ini  yang  di keruhkan  oleh  berbagai  kesusahan  dan  bercampur  dengan  perkara2  yang tidak  menyenangkan.
Ini  sebagaimana yang dikatakan oleh al-Hariri:
Sebuah  tempat yang jika hari ini ia membuatmu tertawa Maka esok ia akan membuatmu menangis,sungguh  tempat yang  buruk.
Saudara-saudaraku! Barang siapa yang  memiliki kesabaran, maka ia telah memiliki harta simpanan yang paling berharga,kekayaan  yang  paling  besar di dunia sehingga dia menjadi  orang yang redha, sentiasa tersenyum dan penyabar.Dia  dapat  tertawa  dalam  menghadapi  himpitan  yang menghadang  diri  mereka, masih  dapat tersenyum di  saat badai menghentam dan masih  dapat memperlihatkan  wajah  yang  berseri2 di  saat sedang berada di pintu kehancuran.Jadi, bersabarlah  wahai  kekasih Allah kerana Allah mencintai orang-orang yang  bersabar.Amin.

5 ulasan:

anamizu berkata...

kene banyakkan sabar dlm hidup ni ^^

hasmida berkata...

ya..betul 2

hans berkata...

sabarkan separuh daripada iman

P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?

ArETiEn berkata...

ye ... perlu sangat sabar dalm hidup .. btw salam perkenalan ... n dah follow ... =)

Irwan berkata...

saya pun nak kenal jugak!..dan saya sabar menanti kefolowan awak...

http://akuskizo.blogspot.com/