Renungan

Bila kau letih dan hilang semangat...Allah tahu betapa kau mencuba sedaya upaya...Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan...Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meniggalkanmu...Allah setia disisimu.Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan...Allah ada jalan penyelesaiannya.Bila tidak ada yang bererti buatmu keliru dan kecewa...Allah ada jawapannya.

Pengikut

Jumaat, 17 Disember 2010

SENYUMLAH....

Assalamualaikum....
Senyum  adalah  sedekah, wajah yang berseri-seri  adalah kurniaan ilahi. Sungguh  beruntung orang yang sentiasa membawanya di wajah dan kedua pipinya.Mempersembahkan  senyuman merupakan pendahuluan kasih sayang, ikatan persahabatan dan tanda-tanda kebersihan  hati.
Rasulullah(s.a.w)  bersabda:
"Senyummu kepada saudaramu  adalah sedekah"

Sungguh  agung risalah mulia ini yang telah menjadikan keceriaan wajah sebagai amal soleh yang mendatangkan  pahala.Sebaliknya, kemasaman wajah menunjukkan  kesempitan  jiwa dan  keberatan beban  batin  serta akhlak  yang tidak  lurus.
Wajah  yang masam  akan mengirimkan  kepada anda kesan  kejenuhan, menghantarkan  kepada anda isyarat peringatan  dan kewaspadaan, dan dia inginkan anda mengerti  bahawa dia tidak menyukai anda.
Kita  memerlukan senyuman,senyuman  kasih sayang  kepada  kedua ibu bapa, senyuman  penuh penghormatan  kepada  orang yang berilmu, senyuman  kasih sayang  kepada  kanak-kanak, senyuman  cinta kepada isteri dan senyuman kesetiaan kepada para sahabat.
Marilah  kita tersenyum dan meninggalkan  wajah  masam, kerana Rasul kita(s.a.w) adalah  orang  yang  sentiasa tersenyum,berwajah  cerah dan murah hati. Oleh  sebab itu  Allah  berfirman kepada  baginda:
"Dan bahawa  sesungguhnya  engkau mempunyai akhlak  yang amat mulia"
(surah al-Qalam:4)

9 ulasan:

hans berkata...

senyum
xperlu apa - apa
senyum
bila kita senyum
semua orang berjangkit
bila kita senyum
orang tiada penyakit
senyum

dah nyanyi lagu senyum siap
hehehehe

P/S : Mari Memasak Laksa Sarawak Bersama Chef Hans

immukmin berkata...

senyum....senyum....senyum...hhhahaa... kan sejuk mata memandang...

faizzach berkata...

;)

cuba utk snyum dgn iklas dan spontan...

Aqila Safuan berkata...

betul2 suka tgk org senyummm

Shida Risha berkata...

Betul... senyum itu satu sedekah.. mendekatkan diri sesama kita... tapi jgn senyum xbertempat lak... nnt dikatakan...??? Ahaks... peace

aNnE berkata...

pagi2 datang sini..nak senyummmmmmmmmmmmmm...

:):):)

Izharuddin berkata...

=)

Cikgu Fikri berkata...

saya suka senyum..
senyum itu sedekah..
saya juga suka gelak kuat2..
ahahaahaha :)

putERi-kAtEk berkata...

senyum seindah suria.....yng membawa bhagia....senyum lah dari hati....duniamu berseri......